Wednesday, May 13, 2015


SENARAI PERIBAHASA  YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1




BIL

UNIT

PERIBAHASA


MAKSUD

1.
2.
3.


4.


5.
6.
7.
8.
9.
Unit1
Hlm.2
Hlm.3
Hlm.3


Hlm.3


Hlm.3
Hlm.7
Hlm.7
Hlm.7
Hlm.7

Bagai aur dengan tebing (perumpamaan)
Tangan terbuka ( simpulan bahasa )
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain ( pepatah )

Besar hati ( simpulan bahasa )


Buah tangan ( simpulan bahasa )
Bulat hati ( simpulan bahasa )
Ringan mulut (simpulan bahasa )
Tajam akal ( simpulan bahasa )
Ambil berat  ( simpulan bahasa )

Saling membantu.
Menerima kunjungan atau pandangan dengan sukacita.
Asal tempat seseorang memang sukar dilupakan.
(a)Berasa bangga
(b)Sombong

Hadiah untuk orang yang diziarahi.
Azam yang serius.
Suka bercakap.
Pintar, cerdas.
Memberikan perhatian yang serius.


Unit 2
-


10.
Unit 3
Hlm.17

Berbesar/ besar hati (simpulan bahasa)

Berasa bangga / Sombong


11.

12.

13.

14.

15.
16.
17.
Unit 4
Hlm.30

Hlm.30

Hlm.30

Hlm.30

Hlm.30
Hlm.30
Hlm.30

Bagai/seperti cincing dengan permata (perumpamaan)
Bagai/laksana laying-layang putus tali (perumpamaan)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya (pepatah)
Bagai/laksana minyak dengan air (perumpamaan)
Bagai murai dicabut ekor (perumpamaan)
Bagai pucuk dilancarkan (perumpamaan)
Seperti lipas kudung (perumpamaan)

Pasangan suami isteri atau pengantin yang sama cantik dan sama padan.
Hilang arah tuju, bergantung pada nasib semata-mata.
(a)Anak menurut baka ibu bapa
(b)Sesuatu itu menurut asal
Tidak dapat bercampur.

Becok, banyak bercakap.
Tangkas.
Pergerakan yang cepat dan cekap.


Unit 5
-


Unit 6
-


18.
19.
20.
21.
22.

23.

24.
Unit 7
Hlm.51
Hlm.54
Hlm.54
Hlm.54
Hlm.54

Hlm.54

Hlm.54

Sagu hati (simpulan bahasa)
Putus asa (simpulan bahasa)
Berpeluk tubuh (simpulan bahasa)
Hancur hati (simpulan bahasa)
Tali barut

Bagai anjing buruk kepala (perumpamaan)
Mencari/cari akal

Hadiah tanda penghargaan.
Kecewa.
Malas berusaha.
Sangat sedih.
Orang yang menjadi suruhan pihak tertentu dalam usaha mendapatkan rahsia.
Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat

Berikhtiar untuk mengatasi sesuatu masalah.



KENANGAN SEPANJANG ZAMAN



Usia semakin meningkat, Generasi silih berganti. Ketika bersama-sama, sangat terasa kegirangan. Sukar dicari saat itu. Yang pergi  tiada pengganti. Malah sentiasa dirindui, sentiasa terpahat di hati. Tatap matanya ketika ada, pegang tangannya ketika memerlukan, bawa jasadnya ketika memerlukan bantuan. Sungguh benar bagai dikata, kasih bonda dan ayahanda sukar dicari ganti. Ikhlas di hati mereka melihat kebahagiaan anak-anak di dunia dan di akhirat. Pesanan mereka sentiasa terpahat di kalbu. Wajah bonda sentiasa segar dalam ingatan walaupun telah lama bersemadi...al-fatihah untuknya, semoga sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tanpa mereka siapalah kita. Kasih mereka tiada nokhtahnya. Simpulkan doa selagi bernyawa.

Kasih sayang abdi bersama-sama kakanda Senani dan Azhar.



Sunday, February 22, 2015

Contoh soalan PT3 Bahagian B. 

BAHAGIAN B
[30 markah]

5) Baca petikan cerpen  di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 Ketika aku masih terpinga-pinga, tanganku ditariknya. Kami pun mula bermain. Mula-mula aku berasa agak kekok juga. Tetapi, kerana pandainya anak-anak kampung itu melayan dan bermesra, segala kekekokan itu cepat hilang. Tidak lama kemudian aku sudah berasa sebagai seorang daripada mereka.
Kubiarkan kaki dan seluarku dipernuhi lumpur dan lumur. Bajuku sudah basah. Terasa suatu macam kenikmatan menyerap masuk ke dalam perasaan dan urat-urat darahku. Kawan-kawanku, anak-anak kampung itu, baik-baik dan bercakap bebas lampas belaka. Diam-diam aku mula membezakan mereka daripada kawan-kawan yang sombong-sombong dan terkongkong di kota. Kalau bermain serupa itu, akan menjeritlah ibu. Nanti lukalah, atau kalau bermain jauh-jauh takut dilanggar kereta. Alangkah terkongkong dan sempitnya di kota, dan betapa pula bebasnya hidup di sini.
Kami terus bermain. Macam-macam yang kami main. Kadang-kadang kami main kejar-kejar dan acah-mengacah. Kadang-kadang kami terjun ke dalam paya sambil simbah-menyimbah air ke muka sesama sendiri. Apabila sudah letih begitu kami mencari kulit kijang paya untuk dikumpulkan. Pada akhirnya, dengan ghairah kami membina rumah-rumah katak dengan menggunakan kaki di pasir yang bercampur lumpur itu di tepi paya.

(Dipetik daripada cerpen Capa Rengat,
antologi Gema Sepi Gadis Genius , Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka) 






i)   Apakah permainan yang dimainkan oleh ‘kami’?

     ____________________________________________________________

     ___________________________________________________________
                                                                                                              ( 3 markah)

ii)  Nyatakan  unsur gaya bahasa yang terdapat  dalam petikan di atas?

     ____________________________________________________________

     ____________________________________________________________
                                                                                                             ( 3 markah)

iii) Pada andaian anda, apakah perbezaan antara anak-anak kampung dengan anak-anak kota?

     _____________________________________________________________

     _____________________________________________________________

     ____________________________________________________________
                                                                                                             ( 4 markah)



6) Baca pantun  di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


PANTUN  EMPAT  KERAT  MUAFAKAT
            Indah sungguh warna pelangi,
            Tidak luput hingga senja;
            Ke lurah sama diharungi,
            Usaha bersama membawa bahagia.

            Buah salak di dalam kantung,
            Kulitnya keras isinya kelat;
            Bulat air kerana pembetung,
            Bulat manusia kerana muafakat.

           Turun ke paya memetik kangkung,
            Hati-hati terkena getahnya;
            Bergotong-royong penduduk sekampung,
            Hidup muafakat hidup bahagia.

           Beras segantang sudah disukat,
          Lalu disimpan di atas para;
          Andai seluruh masyarakat muafakat,
          Negara damai rakyat sejahtera.

           Sawah padi luas terbentang,
           Kuning keemasan indahnya maya;
           Percaya-mempercayai asas berpegang,
           Barulah muafakat kekal selamanya.

           Harum sungguh bunga melati,
           Hiasan sanggul amat memikat;
           Bertolak ansur, hormat-menghormati,
           Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.


                      (Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
   







i)   Senaraikan nilai yang terdapat dalam pantun  di atas?

     ___________________________________________________________


     __________________________________________________________
                                                                                                          ( 3 markah)


ii) Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas?

     __________________________________________________________

     _________________________________________________________
                                                                                                         ( 3 markah)


iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan bergotong-royong?


     __________________________________________________________

     __________________________________________________________

     _________________________________________________________
                                                                                                           ( 4 markah)



7) Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji.
    
     i-   Tingkatan 2 ( Lestari Bukit Menghijau - Syed Mahadzir Syed Ibrahim) 
     iii- Tingkatan 3 ( 6:20 - siti Jasmina Ibrahim).
  
     Nyatakan   nilai kasih sayang yang terdapat  dalam novel tersebut.

                                                                                                                  [10 markah]


**** selamat menjawab*** semak jawapan bersama dengan guru anda



Saturday, January 31, 2015

Cara untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas.

Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum,
misalnya jalan, guru dan kegemilangan.

Manakala kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad.
Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang?

Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang.
Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. 
Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". 

Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang.

contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ".
Tiada kata yang dapat digambarkan, kegembiraan dan kebanggaan terasa di jiwa apabila berjaya ke peringkat  Negeri iaitu  Pesta Pantun Peringkat Negeri Kelantan. Walaupun nasib tidak menyebelahi , namun kenangan  ketika mengadakan  latihan yang dilalui bersama-sama dapat mengeratkan hubungan antara kita. Semoga kalian berjaya menjejak kaki ke menara gading. Insya-Allah.  Peserta pantun yang paling comel Nur Izzati Sabarudin. Peserta paling komited Fatin Anisa . Peserta paling gigih Aisyah. Peserta paling 'cool'  Fatini Zahari. Peserta paling berusaha Nabila Husna.

Monday, September 29, 2014

Bahasa istana Melayu

Bahasa Istana
Bahasa Biasa

Almarhum
Allahyarham
ampun kurnia
maaf
anugerah
beri; hadiah
baginda
dia (raja menyapa rakyat)
beradu
tidur
berangkat
berlepas; bertolak
bercemar duli
berjalan; pergi ke
berkenan
sudi; suka akan
berputera
beranak; bersalin
bersabda
berkata
bersiram
mandi
bertitah
berkata
beta
saya (raja)
daulat
bahagia
gering
sakit
hari keputeraan
hari jadi
hulu
kepala
iram-iram
payung
kaus
kasut
kurnia
beri; hadiah
mahkota
topi
makam
kubur
mangkat
mati; meninggal dunia
menghadap
menjumpai
murka
marah
patik
saya (rakyat menghadap raja)
peraduan
tempat tidur
permaisuri
isteri
putera
anak lelaki
puteri
anak perempuan
santap
makan
semayam
duduk; tinggal
sembah
memberi salam
singgahsana
kerusi
titah
kata; perintah