Saturday, March 17, 2012

Apitan me-kan dan men-i, di-kan dan di-i



Perkataan: Memagar
Maksud: membuat pagar atau memasang pagar.
Ayat:Dia memagar kawasan rumahnya dengan kawat berduri.

Perkataan: Memagarkan:
Maksud : menjadikan sesuatu sebagai pagar.
Ayat: Dia memagarkan kawat berduri di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: Memagari
Maksud: mengelilingi sesuatu.
Ayat: Kawat berduri memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Perkataan: dipagar
Maksud: pagar dibuat atau dipasang di sesuatu tempat atau kawasan
Ayat: Kawasan rumahnya dipagar dengan kawat berduri.

Perkataan: dipagarkan:
Maksud : sesuatu dijadikan sebagai pagar.
Ayat: Kawat berduri dipagarkan di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: dipagari
Maksud: Sesuatu kawasan atau tempat dipagari
Ayat: Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri.

Karangan terhangat: Langkah menjaga kebersihan alam sekitar


Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar. 


Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”

Contoh soalan novel 6: 20


Soalan
 
  1. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel 6.20.
  2. Nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel 6.20.

Jawapan


      i.        Nilai yang terdapat dalam novel 6.20. ialah nilai kasih sayang. Contohnya Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. Kedua nilai prihatin. Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. Ketiga Nilai setiakawan. Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi oleh pemikiran barat.

     ii.       ii.        Latar tempat dalam novel 6.20 ialah anglo Taman Megah iaitu  rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya,  di Dewan Kuliah contohnya Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya dan  balkoni kamar iaitu perbualan antara ibu dengan Sukma.

Novel 6: 20


6:20
(Siti Jasmina bt Ibrahim)
Sinopsis

Bab 1 – Isnin

            Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.  Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut.  Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar.  Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada.  Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 – Selasa

            Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.  Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya.  Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka  pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada.  Sukma bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid.  Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya.  Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu.  Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.

Bab 3 – Rabu

            Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya.  Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor.  Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih.  Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar.  Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma.  Sukma akur dengan permintaan ayahnya.  Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’.  Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.

Bab 4 – Rabu Malam

            Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit.  Di majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar .  Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat.  Ketika di majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20 subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 – Khamis

            Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir.  Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan.  Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri.  Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma.  Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2.  Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya.  Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti.  Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia.  Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.

Bab 6 – Khamis Malam

            Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka.  Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka.  Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong.  Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional.  Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi.  Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi.  Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat

            Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu.  Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan.  Nama kanak-kanak itu ialah Aim.  Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah.  Aim yang terdengar suara ibu melarikan diri keluar.  Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid.  Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya.  Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah.  Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid.  Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma.  Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya.  Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul.  Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism.  Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur.  Rafiq memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.



Bab 8 – Jumaat Petang

            Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang.  Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya.  Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja.  Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi  berjumpa  dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu.  Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar  satu fahaman yang meragukan.  Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ.  Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang sepi.  Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2.  Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.

Bab 9 – Jumaat Malam

            Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik.  Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain.  Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora.  Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati.  Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu.  Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu.  Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu.  Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20.  Rafiq  juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin.  Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual.  Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya.  Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry.  Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka.  Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu.  Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya.  Jerry juga menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.

Bab 10 – Sabtu

            Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu.  Sukma bertanya tentang asal usulnya.  Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya.  Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam rumah.  Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu.  Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora.  Kedatangan mereka disambut oleh Reny.  Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2.  Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya.  Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 – Sabtu Lagi

            Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2.  Sukma berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini.  Iskandar seronok menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan.  Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ.  Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab mereka.  Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry.  Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma.  Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar.  Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 – Sabtu Siang

            Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong.  Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma.  Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek.  Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya  ke pasar untuk berniaga buah-buahan.  Sukma mengajak Aim ke rumahnya.  Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma.  Teja menanyakan tentang Kelab WX2 kepada Sukma.  Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry.  Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut.  Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu.  Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya.  Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma.  Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid.  Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya.  Rafiq meminta izin pulang.  Sukma berusaha membawa Teja dan Aim  keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya.  Namun begitu, apabila mendapati Aim  tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu.  Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari.  Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.

Bab 13 – Sabtu Petang

            Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya.  Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma.  Buku itu menceritakan tentang cara-cara menangani tekanan.  Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa.  Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti.  Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya  atas sikapnya tadi.  Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini.  Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros.  Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut. 

Bab 14 – Sabtu Malam

            Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim.  Menurut Rafiq,  Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak.  Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya.  Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak.  Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS.  Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya.  Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan tentang ruang sepi  kepada Sukma.  Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry.  Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup.  Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri.  Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya.  Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu.  Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.


Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama

            Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang,  Sukma dan Rafiq  pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda  dan perancangan mereka terhasil.  Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati  ibunya Puan Delia.  Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia.  Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 – Ahad

            Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma.  Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma  untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran.  Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim.  Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 – Ahad Pagi

            Pada pagi  Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu  Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi  kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka.  Semua ini telah dialami oleh Abang Aim.  Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.

Bab 18 – Ahad Petang

            Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut.  Iskandar  tiba-tiba  datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu.  Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 – Hari Ini

            Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.




Bukan Duniaku Karya Aida Syahira


SINOPSIS

Novel  Bukan Duniaku memaparkan kisah seoang remaja yang terkilan dengan tindakan ibu bapanya,lalu melarikan diri, merajuk dan terjebak dalam  perangkap seorang pengedar dadah. Remaja yang bernama Halim telah dipaksa bekerja sebagai budak pencuci kereta di bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Abang Joe akan memungut hasil kutipan mencuci kereta daripada Halim. Abang Joe merupakan ketua samseng yang memeras tenaga remaja- remaja yang tidak berumah ataupun yang sengaja lari dari rumah dan memaksa mereka melakukan kerja- kerja haram.                                                                                                                                                  

Halim teringat kembali bagaimana dia lari dari rumah kerana peristiwa ayah dan ibunya tidak mengingati hari lahirnya. Walaupun dia bekerja untuk Abang Joe, hatinya memberontak tidak suka akan apa yang telah berlaku dan apa yang dilakukannya. Dia benar- benar menyesal dan mahu memohon ampun dan maaf daripada ayah dan ibunya jika berpeluang berbuat demikian.

Halim bertemu dengan Saleh iaitu seorang lagi remaja yang senasib dengannya yang menjadi mangsa kepada pujuk rayu Abang Joe. Saleh berasal daripada keluarga yang susah dan dia datang ke kota untuk mencari kerja bagi memohon izin kedua – dua ibu bapanya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Namun dia tidak bernasib baik apabila bertemu dengan Abang Joe.

Halim seterusnya telah berkenalan dengan Faris, salah seorang pelanggan yang sering menghantar keretanya untuk dicuci oleh Halim. Halim bimbang hubungan persahabatannya dengan Abang Faris diketahui  oleh Abang Joe. Jika Abang Joe tahu sudah pasti Halim akan dibelasah dengan teruk. Keakraban Halim dengan Faris menimbulkan perasaan tidak senang di hati Abang Joe kerana takut kegiatannya terbongkar.

Akibatnya, Halim telah dipukul dengan teruk oleh Abang Joe. Saleh yang tidakbersalah dan cuba membantu Halim turut dibelasah dan di sebuah gudang menyimpan dadah.Pada keesokan harinya, Halim bekerja seperti biasa namun suatu kejadian aneh berlaku iaitu tidak ada sebuah kereta pun yang masuk mahu dicuci. Hanya kelihatan beberapa buah motosikal memasuki kawasannya bekerja. Tiba – tiba kekecohan berlaku apabila beberapa orang konco Abang Joe kelamkabut dikejar oleh beberapa orang lelaki. Ketika itu muncul Abang Fariz menyelesaikan kekusutan fikiran Halim. Abang Fariz memberitahu bahawa dia sebenarnya ialah anggota polis bahagian narkotik dan jenayah yang menyamar dan sudah lama mengintip kegiatan Abang Joe dan rakan –rakannya. Fariz meminta agar Halim menjadi saksi bagi membongkar segala kegiatan Abang Joe. Halim membawa Abang Fariz ke sebuah pondok di mana dadah milik Abang Joe di simpan .Joe dan konco-konconya ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Halim, Saleh dan beberapa remaja lain selamat dan dapat bertemu dengan ibu masing-masing. Halim kembali ke sisi keluarga dan berjanji tidak akan mengikutkata hati lagi. Halim mengirim sepucuk surat kepada Saleh untuk mengatakan bahawa ayahnya bersetuju untuk membiayai persekolahan Saleh yang tertunda.

TEMA;-             

Novel Bukan Duniaku telah membawa suatu tema yang amat menarik untuk dibincangkan. Penyesalan yang tidak terhingga oleh seorang anak remaja kerana tersinggung akan tindakan ibu bapanya menyebabkan dia membawa diri lalu terjebak dalam kumpulan penjenayah adalah tema yang mendominasi novel Bukan Duniaku. Halim merupakan remaja yang kurang mendapat perhatian ibu bapanya telah merajuk lalu meningalkan rumah. Dalam perjalanannya di Kuala Lumpur, dia telah diperdaya oleh Johari, ketua sindiket dadah yang hampir sahaja membawa kemusnahan hidup Halim. Kemunculan Abang Fariz, seorang pegawai polis yang menyamar sebagai kerani dan sering datang mencuci kereta telah menyelamatkan Halim.









PERSOALAN   

Pelbagai persoalan yang dibawa oleh Aida Shahira menerusi novel yang digarap olehnya dengan kemas dan memberi kesan kepada pembaca. Antara persoalan itu ialah:-

1.                 KERAJINAN 
Kerajinan menjadi latar belakang cerita ini. Halim, seorang remaja yang rajin bekerja, malahan dia pernahmendapat pujian daripada Abang Joe. Pekerjaannya sebagai pencuci kereta dilakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga kereta yang dicucinya berkilat dan pemiliknya berpuas hati.

2.                MENGINSAFI  KESILAPAN  DIRI
Walau sejauh mana kita melakukan kesilapan, jika kita sedar, kita hendaklah segera kembali ke pangkal jalan. Persoalan ini dikutip semasa Halim menyesali apa yang telah dilakukannya sehingga dia menjadi budak suruhan Abang Joe. Jika dia berpeluang kembali ke rumah , dia akan memeluk erat kaki ayahnya dan mencium dahi ibunya meminta maaf. Dia benar –benar insaf akan tindakannya yang melulu meninggalkan rumah dan melarikan diri daripada kedua ibu bapanya.


3.                KEMISKINAN  BOLEH  MENJADI  PENGHALANG  CITA-CITA
Sesetengah pihak menjadikan kemiskinan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan dan mengejar cita-citanya. Namun bagi Saleh, kemiskinan keluarganya seolah –olah menjadi penghalang bagi dia meneruskan persekolahan dan mengejar cita -  citanya .Akibat kemiskinan keluarganya, dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

4.                PERANAN IBU BAPA DALAM  MENASIHATI ANAK- ANAK
Ibu bapa menjadi fokus utama dalam kesejahteraan sesebuah keluarga. Ibu bapa Saleh mungkin melakukan kesilapan membenarkan Saleh pergi bekerja di Kuala Lumpur. Jika mereka bijak menangani masalah Saleh dapat meneruskan pelajaran kerana ada banyak cara untuk belajar jika kita bersungguh-sungguh.

5.              KEPERIHATINAN  IBU  BAPA TERHADAP  PERKEMBANGAN 
           ANAK-ANAK  SANGAT  PENTING
Walaupun  hanya sambutan sederhana, hari jadi anak perlu diraikan. Tidak perlu besar-besaran, cukup sebagai menunjukkan ibu bapa menyayangi anaknya.Halim mengambil keputusan setelah beberapa kali ibu bapanya sering kali membuatkan Halim makan hati. Dia cuba mencari jalan keluar, menyelesaikan masalahnya sendiri tetapi tersilap langkah.


6.              TERLALU    PERCAYA  PADA   SESEORANG   YANG  BARU 
             DIKENALI      
Persoalan ini sering berlaku dalam kalangan remaja,  malahan  baru berkenalan beberapa hari sahaja telah boleh diajak menaiki kereta  dan berjalan ke sana sini. Persoalan ini turut dikongsi oleh Saleh dan Halim semasa mereka baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Mereka seharusnya berhati-hati di tempat orang. Apatah lagi di bandar orang. Apatah lagi di bandar besar yang banyak orang lain.


7.         SEMANGAT   SETIAKAWAN  YANG  TINGGI
Semasa Halim didesak untuk pergi ke sebuah gudang gudang simpanan dadah, Saleh nekad mahu ikut serta.  Walaupun dia tahu risiko yang bakal dihadapinya jika ikut serta bersama –sama Halim, namun sebagai seorang sahabat sejati Saleh sanggup menerima akibat perbuatan mengiringi Halim itu. Tubuh badan Saleh lebam-lebam akibat dipukul oleh konco- konco Abang Joe. Dia sanggup dipukul  demi menyebabkan kedua-dua remaja itu jatuh terkulai layu sehingga pengsan. Itulah bukit semangat setiakawan yang tinggi dalam novel.





8.                     TANGGUNGJAWAB   MENJAGA   KEAMANAN   NEGARA  
Sebuah rakyat yang bertanggungjawab, persoalan ini dapat  dikesan menerusi  watak  Abang Fariz. Beliau ialah seorang pegawai polis yang sanggup menggadai nyawa  dengan menyamar sebagai orang awam. Jika penyamaran beliau terbongkar, tidak mustahil nyawanya akan melayang di tangan penjenayah yang kejam itu. Namun disebabkan perasaan tanggungjawabnya yang tinggiterhadap keamanan kubu penjenayah tersebut dengan bijaksana. Akhirnya, dia berja menewaskan kegiatan haram Abang Joe.  

9.               MENUNAIKAN   JANJI
Semasa Halim dan Saleh di dalam tahanan Abang  Joe, Halim pernah bertanya, jika keaadan sudah kembali aman, adakah Saleh  ingin menyambung semula persekolahan yang tergendala.Saleh menyatakan persetujuan. Setelah mengharungi pelbagai dugaan, Halim dan Saleh telah berjaya diselamatkan dan berjumpa ibu bapa masing- masing. Halim telah menulis surat kepada Saleh menyatakan kesedihan ayahnya membantu belanja persekolahan Saleh yang tertunda . Halim masih ingat janjinya kepada Saleh ketika mereka sedang dalam kesusahan suatu ketika dahulu. Halim telah menunaikan janjinya.



PLOT
      Plot ialah susunan peristiwa yang digarap oleh penulis berpandukan sebab dan akibat atau sebab munasabah. Kehadiran sesuatu peristiwa yang demikian meyebabkan sesebuah novel atau cerita mempunyai perkembangan plot sama ada secara berturutan. Plot juga boleh dikenal pasti dengan peristiwa yang dijalin dengan konflik demi konflik dan berakhir dengan peleraian. Semua peristiwa yang berlaku berkait rapat dengan pergerakan fizik, mental dan perwatakan.
      Dalam novel Bukan Duniaku, plot yang diguna pakai oleh pengarangnya kelihatan amat menarik. plotnya tidak mengikut kronologi. peristiwa yang berlaku kemudian dipaparkan pada bahagian awal. Kelainan ini menyebabkan cerita yang ingin disampaikan mengandungi elemen yang dapat menarik perhatian pembaca untuk terus menikmati dunia pembacaan. Berikut adalah struktur plot Novel Bukan Duniaku.

TEKNIK   PLOT
Pelbagai cara pengarang menyampaikan ideanya menerusi penulisan yang bersandar kepada plot dan teknik plot. Teknik plot ialah cara pengarang menyampaikan atau mempersembahkan ceritanya sama ada dalam bentuk penceritaan atau dikenali sebagai pamerian , dialog, monolog dan pelbagai teknik lagi


WATAK  DAN  PERWATAKAN         
1)  WATAK
a)    Watak  ditakrifkan sebagai pelakon –pelakon  atau pelaku-pelaku yang  menghidupkan jalan cerita.
b)   Watak biasan
c)   ya terdiri daripada manusia, malahan ada juga objek, binatang dan tumbuhan yang dijadikan watak seperti manusia.
d)  Watak berkembang hasil daripada tindakan, pergerakan , dialog dan konflik yang dicipta oleh pengarang.
e)    Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
f)   dan dalaman.
 Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi , tutur keta atau watak-watak berkenaan.
Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan  aspek watak, iaitu watak utama, watak statik , protagis dan antagonis




PERWATAKAN
HALIM
a)   Seorang yang rajin.
b)  Seorang yang amat menjaga perhubungan dengan kawan baik.
c)   Seorang remaja yang berusia 15 tahun.
d)  Seorang yang menunaikan janji.
e)   Seorang yang kurang kasih sayang daripada ibu dan bapa.
f)   Seorang yang mudah terpedaya dengan pujukan.
g)   Seorang pekerja yang cergas.
h)  Seorang yang cepat insaf akan kesalahan yang dibuat.

ABANG   JOE
a)   Seorang ketua kumpulan samseng.
b)  Seorang pengedar dadah yang licik.
c)   Seorang yang suka mengugut remaja yang bekerja dibawahnya.
d)  Seorang yang berbadan gembal dan suka menjerkah.
e)   Seorang bijak menperdayakan remaja.
f)   Seorang yang kejam, ganas dan tiada belas kasihan ketika memukul kanak- kanak.
      
WATAK   SAMPINGAN
SALEH
a)   Seorang yang berusia 15 tahun sama dengan Halim.
b)  Seorang anak yang baik dan sanggup berkorbanuntuk kerluarga.
c)   Seorang yang bertuah mendapat peluang menyambung persekolahan.
d)  Seorang yang suka membantu dan menasihati Halim.
e)   Seorang  pekerja yang baik dan sanggup membela sahabat.
f)   Seorang yang perihatin akan masaalah sahabatnya.

ABANG   FARIZ
a)   Seorang anggota polis berpangkat pegawai.
b)  Seorang yang bijak menyamar sebagai orang awam.
c)   Seorang yang bertanggungjawab dan bertimbangrasa.
d)  Seorang yang berani dan cekap dalam menjalankan tugas.
e)   Seorang yang peramah dan mesra dengan kanak-kanak.



LATAR
Dalam setiap penulisan Novel, aspek latar menjadi topik yang penting. Latar ialah gambaran tentang tempat, masa, ruang , keadaan kehidupan, alatan dan suasana yang dikarang oleh penulis novel.

          LATAR   MASA
Latar masa menunjukkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam lingkungan zaman, sejarah  atau sesuatu musim, atau tempoh sesuatu peristiwa yang berlaku . Termasuk juga dalam hal ini adalah watuk seperti waktu pagi, tengah hari, hari ini, semalam dan tahun lepas.

LATAR   TEMPAT
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dipanggil latar tempat. Tempat yang dimaksudkan adalah seperti kampung, sungai, pedalaman, hutan, pejabat dan sebagainya. Latar tempat pun  boleh memberi gambaran tentang perwatakkan seseorang  misalnya halaman rumah yang bersih.

LATAR    MASYARAKAT
Merujuk kepada keadaan sesuatu masyarakat meliputi budaya, kepercayaan yang dianuti, bangsa, status dan kehidupan sosial, jantina, pekerjaan dan cara hidup sesuatu masyarakat. Citra masyarakat juga dikenali sebagai latar masyarakat. Latar ini menunjukkan gambaran tentang masyarakat dalam cerita.
     
GAYA BAHASA
1)   Gaya bahasa menurut Kamus Dewan ialah pengetahuan tentang penggunaan kata- kata dan penyusunan ayat.
2)  Diksi (pemilihan kata) ialah penggunaan perkataan yang tepat,kata yang puitis, bahasa istana dan sebagainya . Peribahasadan penggunaan dialek termasuk dalam ciri- ciri diksi oleh seseorang pengarang.
3)  Penggunaan ayat ialah pelbagai jenis dan ragam ayat yang digunakan, ayat pendek dan ringkas, panjang dan kompleks dan laras bahasa Melayu klasik.
   

NILAI   MURNI
Nilai murni merupakan amalan positif dalam diri individu atau masyarakat yang dapat dikesan menerusi penghasilan sesebuah karya sastera. Nilai murni dalam karya sastera bukan sahaja mencerminkan cara hidup dan pedoman kepada yang menghayati. Terdapat beberapa nilai murni yang disenaraikandalam sukatan pelajaran yang boleh dikaitkan dengan hasil karya sastera iaitu seperti kasih sayang, baik hati dan lain sebagainya.



NILAI MURNI DALAM NOVEL BUKAN DUNIAKU ANTARANYA IALAH:

a)   Kasih sayang
b)  Baik hati
c)   Hemah tinggi
d)  Berani
e)   Kerajinan
f)   Berdikari


PENGAJARAN

Pengajaran juga disebut sebagai mesej. Pengajaran merupakan amanat yang ingin disampaikan atau apa yang diperoleh pembaca setelah menghayati sesebuah karya novel. Pengajaran juga bertujuan memberi pendidikan secara tersurat dan tersirat kepada pembaca. Pengarang mengharapkan agar wujud suatu perubahan tingkah laku atau sikap yang membina untuk diikuti dan menjauhi sesuatu yang negatif hasil bacaan mereka.
       
     
 ANTARA PENGAJARAN DARIPADA NOVEL BUKAN DUNIAKU IALAH:

1)   Kita hendaklah sentiasa menhormati dan menghargai kedua ibu bapa kita walau bagaimana sekalipun perangai mereka.
2)  Kita hendaklah berhati- hati apabila berkenalan dengan orang yang baru kita kenal.
3)  Ibu bapa hendaklah prihatin akan perkembangan anak-anak mereka.
4)  Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan atau belajar sesuatu perkara dengan bersungguh- sungguh.
5)  Kita hendaklah sanggup berkorban demi kesejahteraan keluarga.
6)  kita hendaklah menyemai rasa ikhlas dalam persahabatan.
7)  kita hendaklah mencontohi kebijaksanaan orang yang berjaya dalam bidang pekrjaan dan sikap profesionalisme mereka.
8)  Kita hendaklah berusaha manuanaikan janji  yang telah kita lafazkan walaupun kecil pada pandangan kita tetapi amat besar maknanya kepada orang lain.