Thursday, October 24, 2013

KATA MAJMUK

kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, 
kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu 
warganegara 
setiausaha 
olahraga 
jawatankuasa 
tandatangan 
suruhanjaya 
tanggungjawab
kakitangan 
antarabangsa
jawatankuasa
pesuruhjaya 
matahari 
bumiputera 
sukarela 
kerjasama 
beritahu 
Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu:
1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.
2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.
3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.
Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131.


Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Contoh jawapan novel 6:20,Lestari Bukit Menghijau dan Bukan Duniaku


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D
Pastikan anda menyebut novel yang dikaji dalam pendahuluan.
Tulis dalam 4 perenggan iaitu pendahuluan, isi 1, isi 2 dan isi 3.
Setiap perenggan isi ada 2 ayat iaitu ayat pertama dinyatakan isi manakala ayat kedua dinyatakan
contoh. Dalam ayat contoh MESTI dinyatakan nama watak/latar dalam novel yang dikaji.

Novel 6:20
1.Huraikan tema dalam novel 6:20
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.

2. Huraikan persoalan dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Persoalan dalam novel ini ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak- anaknya. Contohnya Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.
Persoalan yang seterusnya ialah tanggungjawab seorang sahabat. Contohnya Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.
Persoalan yang berikut ialah ketaatan terhadap perintah Tuhan. Contohnya Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
Persoalan yang lain ialah remaja yang mudah terpengaruh. Contohnya Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.





3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Watak utama dalam novel ini ialah Sukma. Perwatakan Sukma ialah seorang yang bersimpati terhadap orang lain Contohnya Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya
Perwatakan yang seterusnya ialah seorang yang taat kepada perintah ibu Contohnya Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya.
Perwatakan yang berikutnya ialah seorang yang merendah diri Contohnya Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya.
Perwatakan yang lain ialah seorang yang taat kepada perintah Tuhan Contohnya walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu.

4.Huraikan latar masa dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Latar masa dalam novel ini ialah pukul 6:20 pagi Contohnya pada waktu ini Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.
Latar masa yang seterusnya ialah waktu petang Contohnya Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
Latar masa yang seterusnya ialah waktu senja Contohnya Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab apabula senja hampir berlabuh.
Latar yang berikutnya ialah waktu malam .Contohnya ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

5. Huraikan latar tempat dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim . Latar tempat dalam novel ini ialah banglo Taman Megah. Contohnya di sini rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.
Latar tempat yang seterusnya ialah di Dewan Kuliah. Contohnya di sini Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Latar tempat yang berikutnya ialah rumah Ehsan.Contohnya Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung di rumahnya.
Latar tempat yang lain ialah Kafe Flora. Contohnya Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman di tempat ini.
Latar tempat yang lain ialah Kelab WX2. Contohnya Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.
6.Huraikan latar masyarakat dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat pelajar universiti. Contohnya Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contohnya Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.
Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang berdikari. Contohnya Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan.
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Contohnya Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

7. Huraikan nilai murni dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Nilai murni dalam novel ini ialah nilai kasih sayang.Contohnya Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.
Nilai yang seterusnya ialah nilai prihatin.Contohnya Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Nilai yang berikutnya ialah nilai setiakawan. Contohnya Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
Nilai yang lain ialah nilai tanggungjawab. Contohnya Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggu dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.






8.Huraikan pengajaran dalam novel 6:20
Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Pengajaran dalam novel ini ialah kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar. Contohnya Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah mempunyai sikap setiakawan. Contohnya Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
Pengajaran yang berikutnya ialah kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri. Contohnya Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.
Pengajaran yang lain ialah kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah. Contohnya Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.
Pengajaran yang lain ialah kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Contohnya Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.
















Lestari Bukit Menghijau

1. Huraikan tema dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Tema novel ini ialah kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar.

2. Huraikan persoalan dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Persoalan dalam novel ini ialah cinta akan alam sekitar. Contohnya Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok Bintangor.
Persoalan yang seterusnya ialah menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Contohnya penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit- penyakit bawaan nyamuk.
Persoalan yang berikutnya ialah peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah. Contohnya Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari.
Persoalan yang lain ialah mempercayai kepercayaan karut. Contohnya Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.

3. Huraikan watak utama dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Watak utama dalam novel ini ialah Zahiran. Perwatakan Zahiran ialah seorang yang baik hati. Contohnya Zahiran membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit.
Perwatakan yang seterusnya ialah bertanggungjawab. Contohnya Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung.
Perwatakan yang berikutnya ialah rajin berusaha. Contohnya Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari nama-nama saintifik pokok daripada Pak Tua.
Perwatakan yang lain ialah bijak. Contohnya Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang.

4. Huraikan latar masa dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Latar Masa dalam novel ini ialah waktu pagi. Contohnya Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua dengan lebih rapat pada waktu pagi.
Latar masa yang seterusnya ialah waktu petang. Contohnya Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad pada waktu petang dan dalam perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya.
Latar masa yang berikutnya ialah waktu malam. Contohnya selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid.

5. Huraikan latar tempat dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Latar tempat dalam novel ini ialah Bukit Bintangor. Contohnya Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak di Bukit Bintangor.
Latar tempat yang seterusnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai. Contohnya Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah di sekolah ini.
Latar tempat yang berikutnya ialah Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor. Contohnya Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu. Latar tempat yang lain ialah Kedai Runcit Pak Long Hamad. Contohnya setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.

6. Huraikan latar masyarakat dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat kampung yang suka membuat fitnah. Contohnya Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat pendidik yang berwawasan. Contohnya Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.
Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab. Contohnya Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka.
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit. Contohnya Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.
7. Huraikan nilai murni dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Nilai murni dalam novel ini ialah kasih sayang antara sesama insan. Contohnya Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
Nilai murni yang seterusnya ialah nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
Nilai murni yang berikutnya ialah kecekalan menghadapi halangan dan rintangan. Contohnya Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
Nilai murni yang lain ialah baik hati. Contohnya Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur.

8. Huraikan pengajaran dalam novel LBM
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Pengajaran dalam novel ini ialah kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Contohnya Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.
Pengajaran yang berikutnya ialah kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk Kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagi mengubati penyakitnya.
Pengajaran yang lain ialah kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup. Contohnya Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.







Bukan Duniaku
1. Huraikan tema dalam novel Bukan Duniaku
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Tema dalam novel ini ialah ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket haram. Halim tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe. Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

2. Huraikan persoalan dalam novel Bukan Duniaku
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Persoalan dalam novel ini ialah kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram. Contohnya Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan konco- konconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
Persoalan yang seterusnya ialah kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati. Contohnya Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa musibah kepadanya.
Persoalan yang berikutnya ialah semangat setiakawan yang tinggi. Contohnya Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.
Persoalan yang lain ialah peranan pihak berkuasa dalam menangani kes- kes jenayah. Contohnya anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya.

3. Huraikan watak utama dalam novel Bukan Duniaku.
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Watak utama dalam novel ini ialah Halim. Perwatakan Halim ialah rajin bekerja. Contohnya Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak memberikan sebarang upah kepadanya.
Perwatakan Halim yang seterusnya ialah tabah menempuh dugaan. Contohnya semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan. Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri namun Halim tabah menghadapinya.
Perwatakan Halim yang berikutnya ialah bersimpati dengan orang lain. Contohnya Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
4. Huraikan latar tempat dalam novel Bukan Duniaku.
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Latar tempat dalam novel ini ialah tempat cuci kereta. Contohnya di sinilah tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe.
Latar tempat yang seterusnya ialah sebuah lorong di ibu kota. Contohnya di sinilah tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu kota. Di tempat ini Halim hampir-hampir disamun oleh beberapa orang lelaki. Di sini jugalah Halim mula mengenali Abang Joe yang menyelamatkannya daripada menjadi mangsa samun.
Latar tempat yang berikutnya ialah pondok usang. Contohnya di pondok ini Halim dan rakan-rakannya yang senasib dengannya ditempatkan. Di sini jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang kisah masing-masing. Mereka ke bandar sehingga akhirnya termasuk dalam perangkap Abang Joe.
Latar tempat yang lain ialah rumah Halim. Contohnya di sinilah tempat tinggal Halim sekeluarga. Di rumah ini Halim sering ditemani pengasuhnya, Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluar bekerja.

5. Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Bukan Duniaku.
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Latar masa dalam novel ini ialah pada waktu siang. Contohnya setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe.
Latar masa yang seterusnya ialah pada waktu pagi. Contohnya Saleh membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke sekolah.
Latar masa yang berikutnya ialah pada waktu malam. Contohnya Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah pondok usang.

6. Huraikan latar masyarakat dalam novel Bukan Duniaku
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati. Contohnya Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat kemiskinan. Contohnya Keluarga Saleh hidup dalam kemiskinan. Ayah Saleh tidak mampu menanggung belanja persekolahan Saleh.
Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga. Contohnya Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela mereka sekeluarga.
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya Abang Joe mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan Saleh apabila mereka cuba melarikan diri.

7. Huraikan nilai murni yang terdapat  dalam novel Bukan Duniaku
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Nilai murni dalam novel ini ialah kasih sayang. Contohnya, Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.
Nilai yang seterusnya ialah tabah. Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.
Nilai yang berikutnya ialah rajin. Contohnya, Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.
Nilai murni yang lain ialah bersimpati. Contohnya, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.

8. Huraikan pengajaran dalam novel Bukan Duniaku
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku karya Aida Shahira. Pengajaran dalam novel ini ialah Kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan. Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita janganlah bertindak terburu-buru. Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah semata- mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.
Pengajaran yang berikutnya ialah kita haruslah belajar daripada kesilapan. Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah dan dia bertekad tidak akan mengulangi kesilapan itu.
Pengajaran yang lain ialah ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa terabai. Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan Halim berasa terabai dan bertindak lari dari rumah.


Contoh Instrumen Band 1(B1 DB1 E1)

KEMAHIRAN
Membaca
BAND
1
PERNYATAAN STANDARD
B1 : Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B1 DB1 :  Membaca petikan daripada pelbagai bahan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
EVIDENS
B1 DB1 E1 : Membaca petikan prosa atau puisi dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
AKTIVITI PENTAKSIRAN
1. Guru  mengedar helaian prosa tradisional Hikayat Seri Kelantan  kepada murid.

Maka tatkala itu baginda raja benua Siam pun panggil segala raja-raja dan menteri hulubalang di bawah perintah baginda itu. Maka sekalian pun hadirlah, lalu baginda bertitah, “Adalah aku dengar khabar ada seorang tuan puteri anak angkat daripada Encik Siti di dalam negeri  Serendah Kebun Bunga itu , sekarang baharu diberi oleh Encik Siti itu bersuaminya.  Maka sekarang ini aku sangatlah berahi kepada tuan puteri itu. Hendaklah kamu sekalian pergi langgar negeri itu, ambil tuan  puteri itu, bawa kepada aku kerana aku sangat berahi kepadanya.”
        Maka tatkala raja, menteri dan pegawai di bawah perintah raja benua Siam itu mendengarkan titah raja itu, maka sekalian itu pun berlengkaplah  hendak melanggar negeri Serendah Kebun Bunga itu, hendak  mengambil  Tuan Puteri Sa’dong  di dalam Kota Jelasin itu. Maka telah lengkap sekalian perahu-perahu dan alat-alat senjata,  setelah cukup semuanya, lalu belayarlah akan menuju negeri Serendah Kebun Bunga, Kota Jelasin itu. Maka dalam orang ramai-ramai itu, ada seorang Tuk Ca disuruh oleh raja Siam itu kerana Tuk Ca itu tahu akan ilmu nujum. Maka belayar itu, tiada beberapa lamanya sampailah ke kuala negeri itu.
        Maka lalu dipersembah oranglah kepada Sultan Abdullah, “Perahu kelanggaran dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli tuanku ini.” Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang, pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun, duduk menyuruh hadir belaka kerana musuh orang Siam telah datang kepada negeri kita ini. Setelah itu penyuruh daripada raja Siam pun datang naik menghadap Sultan Abdullah itu meminta Tuan Puteri Sa’dong itu.

 (Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Seri Kelantan” antologi Harga Sebuah Lukisan,
   Tingkatan 3 , Dewan Bahasa dan Pustaka )
 


2. Murid membaca petikan prosa dengan senyap.
3. Murid membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
4. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
5. Ketika murid membaca, guru mengisi kad inventori.
6. Guru membuat rumusan.

Bahan :
1. Petikan prosa Hikayat Seri Kelantan


KAD INVENTORI

BIL
ITEM YANG DINILAI
/ x
1
Murid dapat membaca petikan prosa yang diberi dengan lancar.

2
Murid dapat membaca  petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.