Saturday, January 31, 2015

Cara untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas.

Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum,
misalnya jalan, guru dan kegemilangan.

Manakala kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad.
Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang?

Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang.
Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. 
Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". 

Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang.

contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ".
Tiada kata yang dapat digambarkan, kegembiraan dan kebanggaan terasa di jiwa apabila berjaya ke peringkat  Negeri iaitu  Pesta Pantun Peringkat Negeri Kelantan. Walaupun nasib tidak menyebelahi , namun kenangan  ketika mengadakan  latihan yang dilalui bersama-sama dapat mengeratkan hubungan antara kita. Semoga kalian berjaya menjejak kaki ke menara gading. Insya-Allah.  Peserta pantun yang paling comel Nur Izzati Sabarudin. Peserta paling komited Fatin Anisa . Peserta paling gigih Aisyah. Peserta paling 'cool'  Fatini Zahari. Peserta paling berusaha Nabila Husna.