CONTOH SOALAN NOVEL 6:20
Soalan 1
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tema bagi novel ini. Berikan
tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan tema tersebut.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya
Siti Jasmina Ibrahim. Novel ini membawa
tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang
mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja
yang berusaha gigih untuk menyelamatkan
golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan
pengaruh pemikiran barat yang menuntut
kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.
Selain
itu, Sukma dan rakan- rakannya berusaha untuk menyiasat aktiviti yang dilakukan di Kelab WX2 itu,
walaupun mungkin ada bahaya yang menanti.
Seterusnya,
kegigihan Sukma dan rakan - rakannya itu berhasil apabila usaha mereka itu berjaya dengan kerjasama
anggota keselamatan.
Soalan 2
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga persoalan yang terdapat
dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Terdapat beberapa
persoalan yang menunjangi novel ini.Satu daripada persoalan yang terdapat dalam
novel ini ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Ibu Sukma berasa
sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di
hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa
bahaya kepada dirinya.Selain itu, persoalan yang lain ialah konflik dalam
keluarga.
Persoalan
ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara Puan Delia dengan anaknya
Sukma. Puan Delia beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah
membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.
Di
samping itu, tanggungjawab seorang sahabat juga merupakan satu daripada
persoalan yang terdapat dalam novel 6:20 ini. Sebagai contoh, Jerry sanggup membantu
Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa
nyawanya akan terancam.
Soalan 3
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina
Ibrahim, nyatakan watak utama dalam
novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan
setiap perwatakan tersebut.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma
binti Haji Shakir. Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai contoh, Sukma akur
dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa dengan tetamu misteri yang hadir
di hadapan rumah pada setiap jam 6:20 pagi.
Selain itu, Sukma juga seorang yang berani.
Hal ini terbukti ketika Sukma secara
berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak menyiasat aktiviti yang
dilakukan di kelab tersebut.
Di
samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat apabila Sukma
sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam
dewan kuliah.
Soalan 4
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar tempat. Bagi
setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini
terdapat beberapa latar tempat.Latar tempat yang pertama ialah di hadapan pagar rumah Sukma. Sukma berasa pelik apabila menerima tetamu
yang tidak dikenali di hadapan rumahnya
pada jam 6:20 pagi.
Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah di
dalam bilik Sukma. Sukma membawa Aim
balik ke rumahnya lalu menyembunyikan Aim di dalam biliknya kerana bimbang
dimarahi oleh ibunya.
Di
samping itu, latar yang lain ialah di dalam dewan kuliah di universiti tempat
Sukma belajar. Sukma sering mendapat pujian daripada Profesor Darul yang kagum
dengan kebijaksanaannya memberikan pendapat dan menjawab soalan yang
dikemukakan dalam kuliah.
Soalan 5
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina
Ibrahim, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan
contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya
Siti Jasmina Ibrahim. Terdapat beberapa latar masa yang dipaparkan dalam novel
ini.
Satu
daripadanya ialah pada jam 6:20 setiap pagi. Sukma berasa pelik apabila
menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya pada jam 6:20 pagi.
Selain
itu, latar masa yang lain ialah pada waktu pagi. Sukma biasanya akan menghadiri
kuliah di universiti pada waktu pagi.
Seterusnya,
latar masa yang juga terdapat dalam novel ini ialah pada waktu petang. Pada
suatu petang, Aim telah mengejutkan Sukma daripada tertidur. Sukma tertidur
dalam biliknya kerana keletihan dan kesedihan mengenangkan keadaan dirinya
sekarang berbanding ketika dia masih kecil.
Soalan 6
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim
, nyatakan tiga latar masyarakat. Bagi
setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini
terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan.
Pertama,
latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang mengambil berat
terhadap golongan muda. Peristiwa yang berkaitan latar masyarakat ini ialah
Puan Delia iaitu ibu kepada Sukma menyamar
sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan
tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.
Selain
itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang tabah menghadapi
dugaan dan cabaran. Sebagai contoh,
Nenek dan
Aim tabah menghadapi dugaan dengan
menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya
(ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia
dan Aim.
Latar
masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mudah terpengaruh oleh
golongan pemikiran Barat. Hal ini dapat dilihat apabila Iskandar, Jerry dan
Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan
kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.
Soalan 7
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga nilai. Huraikan contoh
peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai tersebut.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.Terdapat beberapa
nilai dalam novel ini.Nilai yang pertama ialah kasih sayang.Ibu Sukma
menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan
mengalami tekanan perasaan.Hal ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya.
Selain
itu, nilai yang lain ialah bantu-membantu. Tuan Haji Syaqir berjaya membantu
Ehsan dengan mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Di
samping itu, nilai seterusnya ialah setia kawan. Sukma dan Rafiq sanggup menasihati dan menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baik mereka iaitu
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran barat melalui
penglibatan mereka dalam “ruang sepi” di Kelab WX2.
Soalan 8
Berdasarkan
novel “6:20”, karya Siti Jasmina
Ibrahim, nyatakan tiga pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang
sesuai dengan setiap pengajaran
tersebut.
Jawapan:
Novel
yang saya kaji berjudul “6:20”, karya
Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini
terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil iktibar. Pengajaran yang
pertama ialah kita hendaklah menghormati golongan yang lebih
tua daripada kita. Sukma menghormati ibunya
dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya
apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.
Kedua,
seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setia kawan. Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya
untuk menyelamatkan rakan baik mereka
iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
Ketiga,
kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Nenek dan Aim tabah
menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas
anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari
meninggalkan dia dan Aim.
No comments:
Post a Comment