Thursday, October 24, 2013

Contoh Instrumen Band 1(B1 DB1 E1)

KEMAHIRAN
Membaca
BAND
1
PERNYATAAN STANDARD
B1 : Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B1 DB1 :  Membaca petikan daripada pelbagai bahan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
EVIDENS
B1 DB1 E1 : Membaca petikan prosa atau puisi dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
AKTIVITI PENTAKSIRAN
1. Guru  mengedar helaian prosa tradisional Hikayat Seri Kelantan  kepada murid.

Maka tatkala itu baginda raja benua Siam pun panggil segala raja-raja dan menteri hulubalang di bawah perintah baginda itu. Maka sekalian pun hadirlah, lalu baginda bertitah, “Adalah aku dengar khabar ada seorang tuan puteri anak angkat daripada Encik Siti di dalam negeri  Serendah Kebun Bunga itu , sekarang baharu diberi oleh Encik Siti itu bersuaminya.  Maka sekarang ini aku sangatlah berahi kepada tuan puteri itu. Hendaklah kamu sekalian pergi langgar negeri itu, ambil tuan  puteri itu, bawa kepada aku kerana aku sangat berahi kepadanya.”
        Maka tatkala raja, menteri dan pegawai di bawah perintah raja benua Siam itu mendengarkan titah raja itu, maka sekalian itu pun berlengkaplah  hendak melanggar negeri Serendah Kebun Bunga itu, hendak  mengambil  Tuan Puteri Sa’dong  di dalam Kota Jelasin itu. Maka telah lengkap sekalian perahu-perahu dan alat-alat senjata,  setelah cukup semuanya, lalu belayarlah akan menuju negeri Serendah Kebun Bunga, Kota Jelasin itu. Maka dalam orang ramai-ramai itu, ada seorang Tuk Ca disuruh oleh raja Siam itu kerana Tuk Ca itu tahu akan ilmu nujum. Maka belayar itu, tiada beberapa lamanya sampailah ke kuala negeri itu.
        Maka lalu dipersembah oranglah kepada Sultan Abdullah, “Perahu kelanggaran dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli tuanku ini.” Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang, pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun, duduk menyuruh hadir belaka kerana musuh orang Siam telah datang kepada negeri kita ini. Setelah itu penyuruh daripada raja Siam pun datang naik menghadap Sultan Abdullah itu meminta Tuan Puteri Sa’dong itu.

 (Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Seri Kelantan” antologi Harga Sebuah Lukisan,
   Tingkatan 3 , Dewan Bahasa dan Pustaka )
 


2. Murid membaca petikan prosa dengan senyap.
3. Murid membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
4. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
5. Ketika murid membaca, guru mengisi kad inventori.
6. Guru membuat rumusan.

Bahan :
1. Petikan prosa Hikayat Seri Kelantan


KAD INVENTORI

BIL
ITEM YANG DINILAI
/ x
1
Murid dapat membaca petikan prosa yang diberi dengan lancar.

2
Murid dapat membaca  petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.





No comments:

Post a Comment