Saturday, March 17, 2012

Bukan Duniaku Karya Aida Syahira


SINOPSIS

Novel  Bukan Duniaku memaparkan kisah seoang remaja yang terkilan dengan tindakan ibu bapanya,lalu melarikan diri, merajuk dan terjebak dalam  perangkap seorang pengedar dadah. Remaja yang bernama Halim telah dipaksa bekerja sebagai budak pencuci kereta di bandar Kuala Lumpur. Setiap hari Abang Joe akan memungut hasil kutipan mencuci kereta daripada Halim. Abang Joe merupakan ketua samseng yang memeras tenaga remaja- remaja yang tidak berumah ataupun yang sengaja lari dari rumah dan memaksa mereka melakukan kerja- kerja haram.                                                                                                                                                  

Halim teringat kembali bagaimana dia lari dari rumah kerana peristiwa ayah dan ibunya tidak mengingati hari lahirnya. Walaupun dia bekerja untuk Abang Joe, hatinya memberontak tidak suka akan apa yang telah berlaku dan apa yang dilakukannya. Dia benar- benar menyesal dan mahu memohon ampun dan maaf daripada ayah dan ibunya jika berpeluang berbuat demikian.

Halim bertemu dengan Saleh iaitu seorang lagi remaja yang senasib dengannya yang menjadi mangsa kepada pujuk rayu Abang Joe. Saleh berasal daripada keluarga yang susah dan dia datang ke kota untuk mencari kerja bagi memohon izin kedua – dua ibu bapanya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Namun dia tidak bernasib baik apabila bertemu dengan Abang Joe.

Halim seterusnya telah berkenalan dengan Faris, salah seorang pelanggan yang sering menghantar keretanya untuk dicuci oleh Halim. Halim bimbang hubungan persahabatannya dengan Abang Faris diketahui  oleh Abang Joe. Jika Abang Joe tahu sudah pasti Halim akan dibelasah dengan teruk. Keakraban Halim dengan Faris menimbulkan perasaan tidak senang di hati Abang Joe kerana takut kegiatannya terbongkar.

Akibatnya, Halim telah dipukul dengan teruk oleh Abang Joe. Saleh yang tidakbersalah dan cuba membantu Halim turut dibelasah dan di sebuah gudang menyimpan dadah.Pada keesokan harinya, Halim bekerja seperti biasa namun suatu kejadian aneh berlaku iaitu tidak ada sebuah kereta pun yang masuk mahu dicuci. Hanya kelihatan beberapa buah motosikal memasuki kawasannya bekerja. Tiba – tiba kekecohan berlaku apabila beberapa orang konco Abang Joe kelamkabut dikejar oleh beberapa orang lelaki. Ketika itu muncul Abang Fariz menyelesaikan kekusutan fikiran Halim. Abang Fariz memberitahu bahawa dia sebenarnya ialah anggota polis bahagian narkotik dan jenayah yang menyamar dan sudah lama mengintip kegiatan Abang Joe dan rakan –rakannya. Fariz meminta agar Halim menjadi saksi bagi membongkar segala kegiatan Abang Joe. Halim membawa Abang Fariz ke sebuah pondok di mana dadah milik Abang Joe di simpan .Joe dan konco-konconya ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Halim, Saleh dan beberapa remaja lain selamat dan dapat bertemu dengan ibu masing-masing. Halim kembali ke sisi keluarga dan berjanji tidak akan mengikutkata hati lagi. Halim mengirim sepucuk surat kepada Saleh untuk mengatakan bahawa ayahnya bersetuju untuk membiayai persekolahan Saleh yang tertunda.

TEMA;-             

Novel Bukan Duniaku telah membawa suatu tema yang amat menarik untuk dibincangkan. Penyesalan yang tidak terhingga oleh seorang anak remaja kerana tersinggung akan tindakan ibu bapanya menyebabkan dia membawa diri lalu terjebak dalam kumpulan penjenayah adalah tema yang mendominasi novel Bukan Duniaku. Halim merupakan remaja yang kurang mendapat perhatian ibu bapanya telah merajuk lalu meningalkan rumah. Dalam perjalanannya di Kuala Lumpur, dia telah diperdaya oleh Johari, ketua sindiket dadah yang hampir sahaja membawa kemusnahan hidup Halim. Kemunculan Abang Fariz, seorang pegawai polis yang menyamar sebagai kerani dan sering datang mencuci kereta telah menyelamatkan Halim.









PERSOALAN   

Pelbagai persoalan yang dibawa oleh Aida Shahira menerusi novel yang digarap olehnya dengan kemas dan memberi kesan kepada pembaca. Antara persoalan itu ialah:-

1.                 KERAJINAN 
Kerajinan menjadi latar belakang cerita ini. Halim, seorang remaja yang rajin bekerja, malahan dia pernahmendapat pujian daripada Abang Joe. Pekerjaannya sebagai pencuci kereta dilakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga kereta yang dicucinya berkilat dan pemiliknya berpuas hati.

2.                MENGINSAFI  KESILAPAN  DIRI
Walau sejauh mana kita melakukan kesilapan, jika kita sedar, kita hendaklah segera kembali ke pangkal jalan. Persoalan ini dikutip semasa Halim menyesali apa yang telah dilakukannya sehingga dia menjadi budak suruhan Abang Joe. Jika dia berpeluang kembali ke rumah , dia akan memeluk erat kaki ayahnya dan mencium dahi ibunya meminta maaf. Dia benar –benar insaf akan tindakannya yang melulu meninggalkan rumah dan melarikan diri daripada kedua ibu bapanya.


3.                KEMISKINAN  BOLEH  MENJADI  PENGHALANG  CITA-CITA
Sesetengah pihak menjadikan kemiskinan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan dan mengejar cita-citanya. Namun bagi Saleh, kemiskinan keluarganya seolah –olah menjadi penghalang bagi dia meneruskan persekolahan dan mengejar cita -  citanya .Akibat kemiskinan keluarganya, dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

4.                PERANAN IBU BAPA DALAM  MENASIHATI ANAK- ANAK
Ibu bapa menjadi fokus utama dalam kesejahteraan sesebuah keluarga. Ibu bapa Saleh mungkin melakukan kesilapan membenarkan Saleh pergi bekerja di Kuala Lumpur. Jika mereka bijak menangani masalah Saleh dapat meneruskan pelajaran kerana ada banyak cara untuk belajar jika kita bersungguh-sungguh.

5.              KEPERIHATINAN  IBU  BAPA TERHADAP  PERKEMBANGAN 
           ANAK-ANAK  SANGAT  PENTING
Walaupun  hanya sambutan sederhana, hari jadi anak perlu diraikan. Tidak perlu besar-besaran, cukup sebagai menunjukkan ibu bapa menyayangi anaknya.Halim mengambil keputusan setelah beberapa kali ibu bapanya sering kali membuatkan Halim makan hati. Dia cuba mencari jalan keluar, menyelesaikan masalahnya sendiri tetapi tersilap langkah.


6.              TERLALU    PERCAYA  PADA   SESEORANG   YANG  BARU 
             DIKENALI      
Persoalan ini sering berlaku dalam kalangan remaja,  malahan  baru berkenalan beberapa hari sahaja telah boleh diajak menaiki kereta  dan berjalan ke sana sini. Persoalan ini turut dikongsi oleh Saleh dan Halim semasa mereka baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Mereka seharusnya berhati-hati di tempat orang. Apatah lagi di bandar orang. Apatah lagi di bandar besar yang banyak orang lain.


7.         SEMANGAT   SETIAKAWAN  YANG  TINGGI
Semasa Halim didesak untuk pergi ke sebuah gudang gudang simpanan dadah, Saleh nekad mahu ikut serta.  Walaupun dia tahu risiko yang bakal dihadapinya jika ikut serta bersama –sama Halim, namun sebagai seorang sahabat sejati Saleh sanggup menerima akibat perbuatan mengiringi Halim itu. Tubuh badan Saleh lebam-lebam akibat dipukul oleh konco- konco Abang Joe. Dia sanggup dipukul  demi menyebabkan kedua-dua remaja itu jatuh terkulai layu sehingga pengsan. Itulah bukit semangat setiakawan yang tinggi dalam novel.





8.                     TANGGUNGJAWAB   MENJAGA   KEAMANAN   NEGARA  
Sebuah rakyat yang bertanggungjawab, persoalan ini dapat  dikesan menerusi  watak  Abang Fariz. Beliau ialah seorang pegawai polis yang sanggup menggadai nyawa  dengan menyamar sebagai orang awam. Jika penyamaran beliau terbongkar, tidak mustahil nyawanya akan melayang di tangan penjenayah yang kejam itu. Namun disebabkan perasaan tanggungjawabnya yang tinggiterhadap keamanan kubu penjenayah tersebut dengan bijaksana. Akhirnya, dia berja menewaskan kegiatan haram Abang Joe.  

9.               MENUNAIKAN   JANJI
Semasa Halim dan Saleh di dalam tahanan Abang  Joe, Halim pernah bertanya, jika keaadan sudah kembali aman, adakah Saleh  ingin menyambung semula persekolahan yang tergendala.Saleh menyatakan persetujuan. Setelah mengharungi pelbagai dugaan, Halim dan Saleh telah berjaya diselamatkan dan berjumpa ibu bapa masing- masing. Halim telah menulis surat kepada Saleh menyatakan kesedihan ayahnya membantu belanja persekolahan Saleh yang tertunda . Halim masih ingat janjinya kepada Saleh ketika mereka sedang dalam kesusahan suatu ketika dahulu. Halim telah menunaikan janjinya.



PLOT
      Plot ialah susunan peristiwa yang digarap oleh penulis berpandukan sebab dan akibat atau sebab munasabah. Kehadiran sesuatu peristiwa yang demikian meyebabkan sesebuah novel atau cerita mempunyai perkembangan plot sama ada secara berturutan. Plot juga boleh dikenal pasti dengan peristiwa yang dijalin dengan konflik demi konflik dan berakhir dengan peleraian. Semua peristiwa yang berlaku berkait rapat dengan pergerakan fizik, mental dan perwatakan.
      Dalam novel Bukan Duniaku, plot yang diguna pakai oleh pengarangnya kelihatan amat menarik. plotnya tidak mengikut kronologi. peristiwa yang berlaku kemudian dipaparkan pada bahagian awal. Kelainan ini menyebabkan cerita yang ingin disampaikan mengandungi elemen yang dapat menarik perhatian pembaca untuk terus menikmati dunia pembacaan. Berikut adalah struktur plot Novel Bukan Duniaku.

TEKNIK   PLOT
Pelbagai cara pengarang menyampaikan ideanya menerusi penulisan yang bersandar kepada plot dan teknik plot. Teknik plot ialah cara pengarang menyampaikan atau mempersembahkan ceritanya sama ada dalam bentuk penceritaan atau dikenali sebagai pamerian , dialog, monolog dan pelbagai teknik lagi


WATAK  DAN  PERWATAKAN         
1)  WATAK
a)    Watak  ditakrifkan sebagai pelakon –pelakon  atau pelaku-pelaku yang  menghidupkan jalan cerita.
b)   Watak biasan
c)   ya terdiri daripada manusia, malahan ada juga objek, binatang dan tumbuhan yang dijadikan watak seperti manusia.
d)  Watak berkembang hasil daripada tindakan, pergerakan , dialog dan konflik yang dicipta oleh pengarang.
e)    Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
f)   dan dalaman.
 Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi , tutur keta atau watak-watak berkenaan.
Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan  aspek watak, iaitu watak utama, watak statik , protagis dan antagonis




PERWATAKAN
HALIM
a)   Seorang yang rajin.
b)  Seorang yang amat menjaga perhubungan dengan kawan baik.
c)   Seorang remaja yang berusia 15 tahun.
d)  Seorang yang menunaikan janji.
e)   Seorang yang kurang kasih sayang daripada ibu dan bapa.
f)   Seorang yang mudah terpedaya dengan pujukan.
g)   Seorang pekerja yang cergas.
h)  Seorang yang cepat insaf akan kesalahan yang dibuat.

ABANG   JOE
a)   Seorang ketua kumpulan samseng.
b)  Seorang pengedar dadah yang licik.
c)   Seorang yang suka mengugut remaja yang bekerja dibawahnya.
d)  Seorang yang berbadan gembal dan suka menjerkah.
e)   Seorang bijak menperdayakan remaja.
f)   Seorang yang kejam, ganas dan tiada belas kasihan ketika memukul kanak- kanak.
      
WATAK   SAMPINGAN
SALEH
a)   Seorang yang berusia 15 tahun sama dengan Halim.
b)  Seorang anak yang baik dan sanggup berkorbanuntuk kerluarga.
c)   Seorang yang bertuah mendapat peluang menyambung persekolahan.
d)  Seorang yang suka membantu dan menasihati Halim.
e)   Seorang  pekerja yang baik dan sanggup membela sahabat.
f)   Seorang yang perihatin akan masaalah sahabatnya.

ABANG   FARIZ
a)   Seorang anggota polis berpangkat pegawai.
b)  Seorang yang bijak menyamar sebagai orang awam.
c)   Seorang yang bertanggungjawab dan bertimbangrasa.
d)  Seorang yang berani dan cekap dalam menjalankan tugas.
e)   Seorang yang peramah dan mesra dengan kanak-kanak.



LATAR
Dalam setiap penulisan Novel, aspek latar menjadi topik yang penting. Latar ialah gambaran tentang tempat, masa, ruang , keadaan kehidupan, alatan dan suasana yang dikarang oleh penulis novel.

          LATAR   MASA
Latar masa menunjukkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam lingkungan zaman, sejarah  atau sesuatu musim, atau tempoh sesuatu peristiwa yang berlaku . Termasuk juga dalam hal ini adalah watuk seperti waktu pagi, tengah hari, hari ini, semalam dan tahun lepas.

LATAR   TEMPAT
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dipanggil latar tempat. Tempat yang dimaksudkan adalah seperti kampung, sungai, pedalaman, hutan, pejabat dan sebagainya. Latar tempat pun  boleh memberi gambaran tentang perwatakkan seseorang  misalnya halaman rumah yang bersih.

LATAR    MASYARAKAT
Merujuk kepada keadaan sesuatu masyarakat meliputi budaya, kepercayaan yang dianuti, bangsa, status dan kehidupan sosial, jantina, pekerjaan dan cara hidup sesuatu masyarakat. Citra masyarakat juga dikenali sebagai latar masyarakat. Latar ini menunjukkan gambaran tentang masyarakat dalam cerita.
     
GAYA BAHASA
1)   Gaya bahasa menurut Kamus Dewan ialah pengetahuan tentang penggunaan kata- kata dan penyusunan ayat.
2)  Diksi (pemilihan kata) ialah penggunaan perkataan yang tepat,kata yang puitis, bahasa istana dan sebagainya . Peribahasadan penggunaan dialek termasuk dalam ciri- ciri diksi oleh seseorang pengarang.
3)  Penggunaan ayat ialah pelbagai jenis dan ragam ayat yang digunakan, ayat pendek dan ringkas, panjang dan kompleks dan laras bahasa Melayu klasik.
   

NILAI   MURNI
Nilai murni merupakan amalan positif dalam diri individu atau masyarakat yang dapat dikesan menerusi penghasilan sesebuah karya sastera. Nilai murni dalam karya sastera bukan sahaja mencerminkan cara hidup dan pedoman kepada yang menghayati. Terdapat beberapa nilai murni yang disenaraikandalam sukatan pelajaran yang boleh dikaitkan dengan hasil karya sastera iaitu seperti kasih sayang, baik hati dan lain sebagainya.



NILAI MURNI DALAM NOVEL BUKAN DUNIAKU ANTARANYA IALAH:

a)   Kasih sayang
b)  Baik hati
c)   Hemah tinggi
d)  Berani
e)   Kerajinan
f)   Berdikari


PENGAJARAN

Pengajaran juga disebut sebagai mesej. Pengajaran merupakan amanat yang ingin disampaikan atau apa yang diperoleh pembaca setelah menghayati sesebuah karya novel. Pengajaran juga bertujuan memberi pendidikan secara tersurat dan tersirat kepada pembaca. Pengarang mengharapkan agar wujud suatu perubahan tingkah laku atau sikap yang membina untuk diikuti dan menjauhi sesuatu yang negatif hasil bacaan mereka.
       
     
 ANTARA PENGAJARAN DARIPADA NOVEL BUKAN DUNIAKU IALAH:

1)   Kita hendaklah sentiasa menhormati dan menghargai kedua ibu bapa kita walau bagaimana sekalipun perangai mereka.
2)  Kita hendaklah berhati- hati apabila berkenalan dengan orang yang baru kita kenal.
3)  Ibu bapa hendaklah prihatin akan perkembangan anak-anak mereka.
4)  Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan atau belajar sesuatu perkara dengan bersungguh- sungguh.
5)  Kita hendaklah sanggup berkorban demi kesejahteraan keluarga.
6)  kita hendaklah menyemai rasa ikhlas dalam persahabatan.
7)  kita hendaklah mencontohi kebijaksanaan orang yang berjaya dalam bidang pekrjaan dan sikap profesionalisme mereka.
8)  Kita hendaklah berusaha manuanaikan janji  yang telah kita lafazkan walaupun kecil pada pandangan kita tetapi amat besar maknanya kepada orang lain.



2 comments: