Wednesday, March 7, 2012

soalan bab novel 6: 20

 
Sila jawab soalan di bawah dengan membuat rujukan  sendiri di buku teks Novel 6:20

BAB 1 : ISNIN
1.       Berapakah usia wanita tua yang  datang ke rumah Sukma.
2.       Bagaimanakah keadaan pakaian wanita tua tersebut?
3.       Mengapakah ibu Sukma tidak membenarkan Sukma membuka pintu?
4.       Apakah jawatan yang di pegang oleh ayah Sukma?
5.       Mengapakah Haji Rashid  terkejut dengan pertanyaan Sukma yang terlontar secara tiba-tiba.
6.       Apakah kuliah kegemaran Sukma?
7.       Mengapakah Profesor Darul  menyindir Sukma semasa mengikuti kuliahnya?
8.       Apakah isi kandungan   nota ditulis oleh Teja kepada Sukma?

BAB 2: SELASA
1.       Apakah yang dilakukan oleh Sukma tepat jam 6.20 pada hari selasa?
2.       Apakah yang dilihat oleh Sukma ?
3.       Bagaimanakah keadaan lelaki tersebut?
4.       Sukma melihat ibunya sudah berubah.Apakah  perubahan itu?
5.       Apakah janji ayah terhadap Sukma?
6.       Sukma berasa resah. Apakah yang  difikirkannya?
7.       Apakah kenyataan  Sukma yang menyebabkan Teja ketawa?
8.       Judul buku yang dibaca oleh Sukma? Siapakah pengarannya?
9.       Siapakah Teja?
10.   Makna Kesatuan Jiwa?
11.   Formula cikgu mata pelajaran Sejarah?
12.   Siapakah Rafiq?

BAB 3: RABU
1.       Gambarkan keadaan Sukma sebelum jam 6.20 pagi pada hari Rabu?
2.       Gambarkan perwatakan ibu Sukma?
3.       Siapakah tetamu Sukma pagi itu?
4.       Kemanakah ayah mengajak Sukma?
5.       Mengapakah Sukma tidak menyukai Iskandar?
6.       Siapakah Ros?
7.       Mengapakah Rafiq berdiri di ruang hadapan dewan?
8.       Bilakah Rasulullah SAW dan para sahabat  membentuk masyarakat Islam yang pertama di Yathrib?
9.       Apakah konsep masyarakat Madinah ?



BAB 4 : RABU MALAM
1.    Siapakah Ehsan?
2.    Mengapakah Sukma tidak suka mengambil tahu aktiviti ayahnya?
3.    Siapakah Encik Kasman?
4.    Apakah yang dilihat oleh Sukma di tepi pagar rumah?
5.    Bagaimanakah  sikap Iskandar  yang menyebabkan Sukma tidak menyukainya?

BAB 5 : KHAMIS
1.       Apakah yang berlaku pada jam 6:20 pagi Khamis?
2.       Jelaskan  perwatakan budak?
3.       Mengapakah budak jadi takut dan  meronta hendak melarikan diri?
4.       Ibu sering berprasangka buruk terhadap tetamu  hadapan pagar rumahnya. Kali ini apakah prasangka ibu?
5.       Apakah yang menyebabkan Sukma menjadi rungsing?
6.       Siapakah yang berada di Kelab WX2 semalam?
7.       Apakah penjelasan Alvin tentang Kelab WX2?
8.       Tiga perwatakan Jerry dalam bab ini?
9.       Apakah syarat yang diberikan oleh Teja kepada Rafiq?
10.   Apakah yang diberitahu  oleh Jerry kepada Sukma mengenai Iskandar?

BAB 6 : KHAMIS MALAM
1.       Apakah yang diberitahu oleh Sukma kepada ayahnya?
2.       Gambarkan keadaan ibu ketika   hendak ke Majlis Malam Bollywood?
3.       Mengapa Sukma ketawa apabila ibunya hendak ke Majlis Malam Bollywood?
4.       Apakah perubahan yang berlaku kepada ibu hingga menyebabkan Sukma bimbang dan resah?
5.       Siapakah ibu saudara Teja?
6.        Suasana kafe milik Su Ani?
7.       Siapakah Su Rawi?
8.       Nama kafe Su Ani?
9.       Nama sekumpulan anak muda dari Sarawak?
10.   Siapakah Erman?
11.   Siapakah Reny?
12.   Berikan  5 sifat Reny?
13.   Dalam bab ini, Sukma telah memberitahu Reny tentang peranan anak. Nyatakan apakah peranan anak?
14.   Siapakah yang pernah menjadi guru Zapin?
15.   “Cuba masuk  ke dalam dunia itu” . Kata-kata  itu telah menyebabkan berlaku perubahan pada Sukma. Apakah perubahan itu?


BAB 7 : JUMAAT
1.       Siapakah yang datang  menemui Sukma tepat jam 6:20 pada hari Jumaat 2 minggu yang lepas?
2.       Apakah kata-kata yang terkeluar oleh budak itu kepada Sukma?
3.       Apakah persoalan yang bermain di minda Sukma?
4.       Apakah tindakan Sukma apabila berjumpa dengan budak tersebut? Apakah reaksi budak tersebut?
5.       Siapakah nama budak tersebut?
6.       Mengapa Aim lari?
7.       Apakah tindakan Pak Rashid sehingga menyebabkan Sukma bersemangat untuk mencari Aim?
8.       Kemanakah tempat yang dituju oleh Sukma dan Pak Rashid?
9.       Mengapakah Sukma hairan dengan  pertanyaan Kak Ros?
10.   Ciri-ciri perwatakan yang terdapat pada Kak Ros?
11.   Apakah luahan hati Pak Rashid mengenai Sukma?
12.   Apakah yang dicari oleh ibu Sukma?
13.   Apakah  jawapan Sukma setelah tergamam dan tidak tahu cara hendak menjawab pertanyaan ibu?
14.   Siapakah yang menegur  Sukma dengan begitu ramah dan ceria?
15.   Apakah serangan  ‘ teroris’?
16.   Apakah makna  ‘terrere’ dalam bahasa Perancis?

BAB 8 : JUMAAT PETANG
1.       Dimanakah Teja, Sukma, Rafiq dan Alfin menunggu Jerry?
2.       Siapakah yang Sukma nampak di seberang jalan ?
3.       Mengapakah Sukma bersungguh-sungguh mendesak lelaki tersebut?
4.       Mengapa tiba-tiba Rafiq menerpa dan menarik lengan baju Sukma supaya menurutinya?
5.       Mengapa Jerry lari daripada Sukma, Rafiq dan Teja?
6.       Mengapa Iskandar agak terkejut dan berundur setapak  dengan kenyataan Sukma?
7.       Apakah makna ruang sepi bagi Iskandar?
8.       Apakah jawapan Sukma setelah Iskandar menyuruhnya balik?

BAB 9 : JUMAAT MALAM
1.       Apakah keresahan yang menganggu Sukma?
2.       Dimanakah Rafiq ingin berjumpa dengan Sukma?
3.       Mengapakah Sukma terkejut dengan kenyataan Ros?
4.       Mengapa Teja tidak dapat datang semasa perjumpaan dengan Sukma dan Rafiq?
5.       Mengapakah hati Sukma berdebar-debar?
6.       Nyatakan gambaran lelaki yang Rafiq kenali?
7.       Siapakah nama lelaki tersebut?
8.       Mengapa  keluarga Rafiq amat dihormati di luar negara?
9.       Apakah kemahuan ayah Jerry?
10.   Mengapakah Jerry gembira dapat mengenali  ‘Ruang Sepi’  di Kelab WX2?

BAB 10 : SABTU
1.       Apakah yang diambil oleh nenek daripada bakul dan diberikan kepada Sukma?
2.       Sejak bila Sukma tinggal di kawasan tersebut?
3.       Apakah pesanan daripada nenek kepada Sukma?
4.       Kemanakah ibu hendak pergi pada awal pagi?
5.       Apakah saranan ibu kepada Sukma setelah rungsing dengan tingkah laku Sukma sejak kebelakangan ini?
6.       Kenapakah Sukma gembira mendengar kata-kata Reny?
7.       Dimanakah Sukma menunggu kawan-kawannya?
8.       Siapakah Pak Alias?
9.       Tempoh waktu berniaga Pak Alias?
10.   Sikap Reny dahulu dan sekarang?
11.   Apakah keturunan  Reny?
12.   Berapa lama Reny mengenali Iskandar?
13.   Apakah kenyataan Reny yang menyebabkan Sukma terkejut?
14.   Apakah makna sepi bagi Reny?
15.   Nama tokoh-tokoh ternama barat yang tergantung di dinding Kelab WX2?
16.   Namakan tokoh-tokoh ternama timur yang tergantung di dinding Kelab WX2?


BAB  11 : SABTU LAGI
1.       Siapakah yang menyapa Sukma sehingga menyebabkan Sukma tersentak?
2.       Senaraikan jenis persembahan yang terdapat di Kelab WX2?
3.       Siapakah yang membuat persembahan wayang kulit?
4.       Kenyataan  Iskandar  yang  menyebabkan   Sukma terkejut?
5.       4 perkara yang menyebabkan kekusutan kepada Sukma?
6.       Siapakah yang dilihat oleh Sukma di tepi tembok kedai runcit?


BAB 12 :SABTU SIANG
1.          Apakah makanan yang dimakan oleh Aim?
2.          Mengapakah Aim selalu datang ke rumah Sukma?
3.          Apakah pekerjaan nenek?
4.          Kenapa Aim menyorok semasa nenek berjumpa dengan Sukma?
5.          Mengapa Aim meloncat-loncat gembira?
6.          Apakah yang dilakukan oleh Aim di dalam bilik Sukma?




BAB 13 :SABTU PETANG
1.       Apakah yang diberikan  oleh ibu kepada Sukma?
2.       Mengapakah Sukma berasa sedih?
3.       Semasa Sukma bercakap dengan ayahnya, fikirannya terbahagi kepada tiga, apakah yang berada di dalam fikiran Sukma ketika itu?
4.       Cara-cara ayah menangani masalah remaja di daerah jagaannya?
5.       Mengapakah Sukma termenung apabila memikirkan ayah?

BAB 14 :SABTU MALAM
1.       Apakah makanan kegemaran Aim?
2.       Dimanakah Aim tinggal?
3.       Mengapakah  Aim menolak tawaran ayah Rafiq untuk bekerja di ladang?
4.       Apakah penyakit Aim?
5.       Mengapakah hati Sukma berdebar-debar apabila bercakap dengan Iskandar?
6.       Dimanakah nenek mencari Aim setelah menyedari Aim mungkin  sudah hilang  atau sesat?
7.       Siapakah nenek sebenarnya?
8.       Apakah punca cucu nenek meninggal dan bila  dia meninggal?
9.       Mengapakah Sukma berlari keluar  daripada kereta dan  diikuti oleh Teja?

BAB 15 :  SABTU MALAM YANG SAMA
1.       Mengapakah Jerry menyuruh Sukma balik ?
2.          Apakah pilihan Jerry?
3.          Apakah yang dilakukan oleh Rafiq sehingga menyebabkan Jerry tidak mampu melawan lagi?
4.          Aapakah yang diberitahu oleh Jerry?
5.          Mengapakah Teja berasa resah?
6.          Mengapakah Abang Aim tidak mahu berjumpa dengan Sukma?
7.          Apakah yang dihidang oleh isteri Tuk Siak?
8.          Berapa peratus golongan yang terlibat?
9.          Golongan mana yang terlibat dengan pengikut tersebut?
10.      Bagaimanakah gerakan tersebut beroperasi?
11.      Apakah tekad Sukma?

BAB 16 : AHAD
1.       Siapakah yang berdiri di pintu pagar tepat jam 6:20?
2.       Siapakah yang datang ketika Sukma sedang duduk termenung di atas tembok pagar?
3.       Apakah punca kematian anak nenek?
4.       Dimanakah latar tempat ketika nenek memberitahu Sukma tentang kematian ayah Aim?
5.       Apakah yang diberitahu oleh  Sukma kepada ayah tentang apa yang dilakukan oleh ibu?
6.       Sikap ibu Sukma ketika muda mengikut pandangan ayahnya?

BAB 17 : AHAD PAGI
1.       Dimanakah Rafiq dan Teja menunggu Sukma?
2.       Mengapakah Ros  mengeluh?
3.       Kemanakah Jerry dan keluarga hendak pergi?
4.       Nama suntikan yang diberikan kepada setiap ahli?
5.       Apakah yang dilakukan oleh  kumpulan ini sekiranya ahli mereka ingkar dan cuba membongkar rahsia gerakan mereka?
6.       Bagaimanakah kumpulan ini membunuh?
7.       Contoh watak yang telah menerima akibat daripada kumpulan tersebut?
8.       Dimanakah ruang sepi?
9.       Jam berapa wujudnya ruang sepi?

BAB 18 :  AHAD PETANG
1.          Apkah kesempurnaan yang cuba digambarkan oleh Sukma?
2.          Bilakah perogram mereka bermula?
3.          Apakah program permulaan mereka?
4.          Jenis perjuangan yang cuba dihuraikan oleh Iskandar kepada Sukma?
5.          Apakah pandangan mereka tentang agama?
6.          Peribahasa yang terdapat dalam bab ini?

BAB 19 : HARI INI
1.          Apakah tujuan ibu menyertai kumpulan itu?
2.          Apakah kesudahan yang berlaku kepada ibu?
3.          Mengapakah ibu dibunuh?
4.          Sikap ibu mengikut pandangan Sukma?
 

No comments:

Post a Comment