6:20
(Siti Jasmina bt Ibrahim)
Sinopsis
|
Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba
muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji
Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir
ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas
alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut.
Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah
tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda
tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah
kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor
Darul.
Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang
lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka
pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang
apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan
amaran ibunya, Sukma membuka pintu pagar
tetapi lelaki tersebut sudah tiada.
Sukma bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji
Rashid. Mereka berpendapat mungkin
lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan
berhasrat untuk menyatakan masalahnya.
Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak
muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di
Washington sebelum itu. Dalam pada itu,
Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba
memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.
Bab 3 – Rabu
Bab 4 – Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke
majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan
berusia 3 tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Di majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan
Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka
bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran,
merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka
meniru gaya barat. Ketika di majlis itu
juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya
pada 6:20 subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.
Bab 5 – Khamis
Bab 6 – Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang
kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut
untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan
mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe
milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli
kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang
mengadakan persembahan tarian tradisi.
Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin
yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di
kawasan perumahannya.
Bab 7- Jumaat
Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di
bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang
pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak
tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya
makanan. Nama kanak-kanak itu ialah
Aim. Ibu memarahi Sukma kerana membawa
kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim
yang terdengar suara ibu melarikan diri keluar.
Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di
kawasan sekitar perumahannya. Apabila
tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah.
Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak
Rashid. Sementara itu, ibu mencari
jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma.
Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu
daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan
untuk kuliah Profesor Darul. Selepas
peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan
seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu
bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya
semalam.
Bab 8 – Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq
menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah
kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul
sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan,
Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk
mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun
lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja.
Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di
pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat
bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam
itu. Sukma keliru tentang kewujudan
Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan
mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui
tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar
memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab
WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang
memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.
Bab 9 – Jumaat Malam
Bab 10 – Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek)
yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma
panas dan meminta Sukma menyejukkannya.
Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam
rumah. Sukma manjadi hairan dengan
pesanan nenek itu. Sukma berjumpa dengan
Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora.
Kedatangan mereka disambut oleh Reny.
Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui
tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma
ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah
melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak
langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih
kepada kelab ekslusif.
Bab 11 – Sabtu Lagi
Bab
12 – Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di
Kedai Runcit Ah Leong. Sukma mendapatkan
penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah
Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu
dan cucu kepada Nenek. Aim melewati
rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanyakan tentang Kelab WX2 kepada
Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan
kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab
tersebut. Dia ingin mendapatkan
kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting
bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda
tanya kepada Sukma. Sedang mereka
berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu
Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa
Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin
pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan
Aim keluar dari biliknya tanpa
pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya
meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar
pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak
memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi
dia sedia membantu.
Bab
13 – Sabtu Petang
Bab
14 – Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke
rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim.
Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal
di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak.
Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia
menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa
dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang
Aim menolak. Masyarakat di situ tidak
suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati
dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan
tentang ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada
Iskandar tentang kehilangan Jerry.
Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya
dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih
haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar
Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya.
Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim
pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek
menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri
menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang
hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati
gambarnya yang ketika berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20
menjadi tanda tanya kepada Sukma.
Bab
15 – Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang
kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya
kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya
pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis
atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan
semua yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya
pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry
pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan
penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan
daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya
pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu
apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup
berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda
dan perancangan mereka terhasil.
Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada.
Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga
21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak
mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya
Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan
diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba
mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha
meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan
Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke
rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta
berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi.
Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang
merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat
tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.
Bab
16 – Ahad
Bab
17 – Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma
serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui
sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma
dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu,
tetapi Sukma meminta Jerry memberi
kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry
menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman
baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan
pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga
disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi
memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan.
Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka
bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang
keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar
rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah
dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry
lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan
semata-mata.
Bab
18 – Ahad Petang
Bab
19 – Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana
mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah
perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih
mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang
secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena
tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.
No comments:
Post a Comment